Write For Us

MB Kelantan yakin Kedah akan kembali kepada PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Melihat kepada kekuatan golongan ulama di Kedah, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob yakin parti Islam itu akan berjaya menawan negeri jelapang padi berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita lihat di Kedah PAS mempunyai asas yang kukuh dengan peranan ulama, saya yakin Kedah akan kembali kepada PAS," katanya semasa berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS di Sekolah Rendah Darul Ulum, Kedah.
Selain itu, dengan memberikan contoh, Ahmad berkata dengan kekuatan golongan ulama dalam PAS ia telah membantu parti Islam itu untuk kekal memerintah Kelantan.
Malah, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan turut menyuntik semangat kepada golongan ulama agar menjadi penggerak dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kita yakin dengan semangat ini (suara ulama) kita di Kelantan dapat dikekalkan sekaligus mampu berhadapan dengan cabaran pihak tertentu yang menyebarkan persepsi negatif menjatuhkan kerajaan Kelantan.
Ahmad berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Kedah hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment