Write For Us

MB Pahang optimis Ramli akan menang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada kira-kira pukul 8.50 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai di sini, hari ini.
Wan Rosdy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai tiba pukul 8.40 pagi, mengundi bersama isterinya Datin Seri Burhah Mohammed di saluran satu.
Ketika ditemui selepas pengundian, Wan Rosdy berharap cuaca yang baik akan membolehkan ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab kepada negara.
Pengundian PRK Cameron Highlands pada hari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), M.Manogaran, Calon Barisan Nasional (BN) diwakili Ramli Mohd Nor manakala dua calon Bebas, Sallehudin dan Wong Seng Yee.
PRK Parlimen Cameron Highlands berlangsung selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment