Write For Us

MB Perlis belum terima surat pemecatan dari Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Menteri Besar Perlis Datuk Azlan Man berkata beliau tidak menerima apa-apa surat pemecatan daripada Umno mahupun Barisan Nasional walaupun Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan perkara itu semalam.
Beliau berkata, soal pemecatan sepatutnya tidak timbul memandangkan perkara itu tidak boleh diputuskan oleh seorang individu sahaja.
Semalam, Azlan yang merupakan ADUN Bintong, dilantik sebagai menteri besar Perlis bagi penggal kedua selepas BN menang pada Pilihanraya Raya Umum ke-14 di negeri itu, 9 Mei lepas dengan menguasai 10 daripada 15 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan tiga kerusi dan PAS dua kerusi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengumumkan cadangan memecat Azlan kerana didakwa tidak mendapat sokongan majoriti setelah sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perlis menolak pelantikan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment