Write For Us

MB: Pusat tangguh tarikh akhir ambilalih SPLASH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Proses pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh kerajaan Selangor dilanjutkan lagi sehinggai Julai 2018, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, lanjutan itu dibuat sehingga 4 Julai 2018 oleh kerajaan persekutuan, melalui dua surat yang dihantar kepada kerajaan negeri.
"Rundingan belum dimuktamadkan, justeru kerajaan negeri belum dapat mengesahkan nilai sebenar pengambilalihan isu air negeri.
"Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berpandangan ada keperluan untuk lanjutkan tempoh pengambilalihan," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Sulaiman Razak pada sidang DUN Selangor di Shah Alam, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment