Write For Us

MB : Selangor iktiraf usaha semarak pelancongan negeri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
473 Views
Published
Sinopsis

FOKUS Untuk 18112013

Saksikan secara langsung "FOKUS" yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor sentiasa menghargai usaha dan inisiatif diusahakan oleh para penggiat dan penganjur aktiviti pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan untuk ke Selangor.

2. Penubuhan Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Negeri Selangor membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membantu agensi keselamatan lain dalam mengendalikan kes kecemasan dan bencana.

3. Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) diminta turun padang untuk menerangkan kepada rakyat bahawa bandar Klang akan menghadapi kesesakan sementara bagi tujuan pembinaan jambatan ketiga di Bandar DiRaja itu.


4. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Ahli Dewan DiRaja Selangor dalam satu istiadat di Balai Tengah Istana Alam Shah, di sini, baru baru ini

5. Kerajaan Pusat perlu mengambil tindakan segera terhadap dakwaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sektor kesihatan bakal gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada lepasan graduan perubatan tahun hadapan.

6. Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang menawarkan bantuan yuran sebanyak RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang layak akan diteruskan pelaksanaannya tahun depan dengan peruntukan sejumlah RM3 juta.

7. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan peningkatan ketara pencapaian SekolahJenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Selangor.

8. Enam buah pusat siber judi online diserbu pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam operasi selama dua hari yang dilakukan baru-baru ini.

9.Tikus 'sebesar' kucing antara antara haiwan pembawa penyakit yang berjaya dikumpul penduduk sempena gotong-royong anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di kawasan komersil PJS9, Subang Jaya.

10.Sejumlah 31,540 kes Denggi dilaporkan di seluruh negara sehingga 12 November lepas dengan 16,383 kes itu ataupun 51.9 peratus berlaku di Selangor.

11.Kesilapan memilih kerajaan antara punca peningkatan kadar jenayah yang dihadapi kini sehingga membawa kepada kebimbangan rakyat dalam menempuhi kehidupan seharian.

12.Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan Akademi Bola Sepak Selangor bagi melahirkan atlet bola sepak yang berkemahiran tinggi dalam usaha memartabatkan sukan bola sepak negeri itu.

13.Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang bertindak menghina rakyat selepas diserang bertali arus daripada penyokong pembangkang menerusi laman Twitternya.
Category
TV Siri - TV Series
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment