Write For Us

MB Selangor selesai menghadap sultan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam dipercayai ada kaitan dengan pengaturan semula landskap politik negara.
Kenderaan rasmi yang dinaiki Amirudin dilihat memasuki perkarangan istana kira-kira 9.00 pagi.
Turut dilihat memasuki perkarangan istana untuk menghadap Sultan Sharafuddin adalah Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Ir Izham Hashim.
Dua jam selepas itu, kenderaan dinaiki Amirudin, Gobind dan Izham keluar meninggalkan perkarangan istana.
Difahamkan, Amirudin juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Pakatan Harapan di kediaman rasminya hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment