Write For Us

MCA gelar DAP sombong!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggelar DAP "sombong" kerana kononnya mahu menghapuskan MCA dari arena politik negara.
Liow berkata demikian sebagai respon terhadap rancangan DAP untuk meletakkan calon-calon popular dikerusi pemimpin tertinggi MCA dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
"Ini menunjukkan mereka sombong kerana mempunyai misi yang salah untuk menghapuskan MCA sepenuhnya dari politik Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan MCA di Ipoh hari ini.
Pada 18 Mac, DAP mengumumkan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong akan bertanding di Ayer Hitam dalam pilihan raya akan datang untuk mencabar timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, yang juga menteri di jabatan perdana menteri.
Spekulasi juga bertiup kencing DAP akan meletakkan lebih calon popular menentang pemimpin MCA yang lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment