Write For Us

MCA P Pinang bantah acara belon udara panas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
MCA Pulau Pinang hari ini mengadakan bantahan di bangunan Komtar berhubung program Fiesta Belon Udara Panas yang dijadualkan akan diadakan dari 4 Februari hingga 5 Februari di Padang Polo, Pulau Pinang.
Pengerusi Biro Aduan Pemuda MCA negeri, Ooi Teik Liang berkata, ini kerana lokasi acara itu terletak terlalu hampir dengan Hospital Besar Pulau Pinang.
Ooi, yang disertai rakan-rakan partinya yang lain, turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kakitangan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Mereka membawa sepanduk berbunyi "Hormati nyawa dan hak pesakit, Acara pesta sila jauhi hospital!" dan "Jangan jadi kerajaan yang mengenepikan hak pesakit, adakan pesta ini jauh dari hospital".
Ooi mendakwa tempat acara itu, yang dianjurkan oleh AKA Balloon dengan kerjasama Tourism Malaysia dan disokong kerajaan negeri, telah dibantah oleh pelbagai NGO sebelum ini, tetapi tidak diendahkan.
Beliau juga telah membuat laporan polis mengenai perkara itu minggu lepas. Ini adalah kali ketiga acara itu akan diadakan di Pulau Pinang, sejak ia dimulakan pada tahun 2015.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment