Write For Us

McD kesal pelanggan bawa anjing ke premis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
McDonald’s Malaysia kesal dengan tindakan sekumpulan remaja membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi premis restoran makanan segera berkenaan di Bukit Indah, Johor Bahru, pada Ahad lalu.
Dalam satu kenyataan media, ini kerana tindakan itu mengganggu ketenteraman pelanggan lain dan melanggar peraturan.
Pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurutnya, bertindak atas aduan yang diterima daripada pelanggan, pengurusan restoran makanan segera itu menjalankan proses pembersihan dengan serta-merta di ruang lobi luar premis di Bukit Indah dengan panduan daripada pengurusan masjid berhampiran.
Jelas kenyataan itu lagi, McDonald’s Malaysia sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment