Write For Us

Media hari ini bebas? Tun M sindir Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini 'bersependapat' dengan salah seorang musuh politiknya berhubung isu kebebasan media.
Kata Tun Dr Mahathir Mohamad buat masa ini media massa memang lebih bebas berbanding era pentadbiran beliau antara 1981 hingga 2003.
'Kebenaran' kata-kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu, katanya, dapat dibuktikan dengan melihat kepada laporan-laporan media arus perdana ketika ini.
"Ya (memang 'bebas').
"Kita dapat baca NST dan Utusan, dan kita tengok TV3 tidak ada terkongkong langsung.
"Semuanya mengenai kebenaran saja, iaitu bahawa saya adalah jahat," kata Dr Mahathir merujuk kepada akhbar dan portal New Straits Times, Utusan Malaysia dan stesen televisyen utama di negara ini.
Kenyataan itu dibuat beliau kepada pemberita di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Beliau hadir ke situ untuk melilhat perjalanan sidang hari kedua suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang ditugaskan menyiasat kerugian ditanggung Bank Negara akibat aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) pada 1980-an dan 1990-an lalu.
Pada 21 Ogos baru-baru ini Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, kebebasan media di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak adalah lebih baik berbanding suatu ketika dulu.
Ahmad Zahid berkata beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan kajian yang dilakukannya untuk ijazah doktor falsafah yang dilakukannya sebelum ini.
Beliau mengkaji dua media tradisional utama dalam bahasa Melayu di negara ini iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Bagaimanapun Ahmad Zahid yang turut bertanggungjawab mengelolakan hal ehwal penerbitan di negara ini melalui kementerian dalam negeri tidak menyebut dengan jelas Dr Mahathir dalam kenyataan itu.
Sebaliknya beliau sekadar menyebut “seorang pemimpin paling lama memimpin dalam negara ini”.
Media arus perdana - sama ada cetak atau elektronik - kini giat menjadikan Dr Mahathir sebagai salah satu bahan utama laporan mereka.
Bagaimanapun secara umum berita mengenai Dr Mahathir disampaikan dari sudut negatif - suatu pendekatan yang sebelum ini digunakan media terbabit terhadap pemimpin pembangkang lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment