Write For Us

Mekah bakal dibuka semula mulai 31 Mei

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Arab Saudi akan membuka semula dua tempat suci umat Islam, Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al Nabawi di Madinah, selepas kedua-dua tempat itu ditutup untuk operasi nyahjangkitan bagi menghentikan penyebaran wabak Covid-19.

Menurut laporan TV kerajaan Al-Ekhbariya, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan fasa pertama akan bermula 31 Mei ini dan prosedur keluar masuk ke Makkah dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 3 petang.

Selain itu, solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada tetapi hanya dihadiri oleh kumpulan imam dan kakitangannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Show more
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment