Write For Us

Mekanisme baharu untuk peminjam dikenakan caj bayaran lewat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenalkan formula pengiraan caj bayaran lewat yang seragam dan berpatutan kepada peminjam yang dikenakan caj itu oleh syarikat pemberi kemudahan kredit.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata caj yang dikenakan itu akan bergantung kepada kadar inflasi dan polisi kewangan semasa.
“"Buat masa ini, peminjam dikenakan caj bayaran lewat walaupun mereka terlewat membuat bayaran ansuran sehari mahupun sebulan atau dua bulan. Kebiasaannya caj bayaran bermula daripada RM10 hingga RM40," katanya semasa waktu pertanyaan menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) mengenai langkah kementerian untuk melindungi peminjam yang dikenakan caj bayaran lewat oleh syarikat pemberi kemudahan kredit akibat gagal membuat pembayaran dalam tempoh ditetapkan.
Hamzah berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain industri supaya formula pengiraan caj bayaran lewat itu memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) mengenai unsur riba yang dikenakan kepada peminjam yang lewat membayar pinjaman kepada syarikat pemberi kemudahan kredit, Hamzah berkata kementeriannya sedang mengenal pasti kaedah lain bagi mengatasi perkara itu.
Beliau berkata kaedah itu termasuk mengambil pendekatan sistem kewangan patuh syariah yang diamalkan institusi-institusi perbankan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment