Write For Us

Melaka tolak keras "Jerusalem's Jubilee"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Kerajaan Melaka hari ini mengesa agar penganjur Perhimpunan Jubli Jerusalem membatalkan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan itu di negeri ini, yang dijadual dari 15 hingga 18 Jun depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri juga menolak dakwaan yang tular di laman sosial kononnya kerajaan negeri telah meluluskan perhimpunan tersebut.
Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak pernah menerima sebarang pemohonan untuk kelulusan mengadakan perhimpunan berkenaan di Melaka.
"Kita mengatakan tidak dan saya sendiri tidak mahu ia dijadikan sebagai acara di Melaka dan saya dengar badan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan persatuan telah membuat laporan polis tidak mahu perhimpunan ini diadakan.
"Kita berharap pihak polis akan membawa perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan diperhalusi untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment