Write For Us

Melayu malas, rela serah kerja kepada bangsa asing - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan orang Melayu masih lagi malas bekerja dan rela menyerahkan segala kerja kepada bangsa asing.
Melalui satu catatan terbaru di laman blog chedet.cc, Dr Mahathir berkata keengganan orang Melayu bekerja mendorong jutaan rakyat asing membanjiri Malaysia untuk mendapatkan kerja.
"Jarak antara mereka dengan kaum lain yang bekerja kuat dan berniaga menjadi semakin luas. Yang berlaku ialah yang sudah kaya menjadi lebih kaya dan orang Melayu yang miskin menjadi lebih miskin. Ini sudah ditakdir. Tak perlu buat apa-apa," tulis beliau, hari ini.
Tambah Dr Mahathir lagi, ada yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan di negara ini.
"Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, tuankah," soal Mahathir.
Tulis Dr Mahathir lagi, bilangan orang Melayu dikatakan bertambah, namun jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment