Write For Us

Memo pro-Morsi masuk ke peti surat kedutaan Mesir saja

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
73 Views
Published
Sekumpulan NGO Islam hari ini hari ini menghantar memorandum kepada Kedutaan Mesir di ibu negara susulan kematian bekas presiden Mesir Mohammed Morsi Isnin lalu.
Gabungan Malaysians 4 Egypt (M4E) itu mendakwa kematian itu didorong oleh layanan terhadapnya dalam penjara, termasuk kegagalan mendapatkan rawatan perubatan sempurna.
“Banyak hak beliau tidak dipenuhi sebagai rakyat Mesir dan akhirnya beliau meninggal dunia.
“Bagi kita (kematian Morsi) ia adalah satu pembunuhan yang disengajakan,” kata Pengerusi M4E Abd Haris Bain.
Bagaimanapun tiada wakil kedutaan yang tampil bagi menerima penyerahan memorandum itu dan ia hanya dimasukkan di dalam peti surat di kedutaan.
M4E dianggotai oleh Gabungan Perikatan Pertubuhan Islam bukan Kerajaan (Accin), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persatuan Belia Harmoni Malaysia dan Pertubuhan Generasi Anak Muda Malaysia (Gema).
Abd Haris berkata selain Morsi banyak lagi tahanan di Mesir terabai.
“Maka kami berhimpun pada hari ini bagi menyatakan kekesalan melalui kedutaan ini agar mereka berikan perhatian dan bebaskan ratusan tahanan lain,” katanya.
Morsi, tokoh gerakan Islam berpengaruh dunia Ikhwanul Muslimin, meninggal dunia pada usia 67 tahun setelah pengsan ketika perbicaraan di mahkamah.
Morsi adalah presiden Mesir pertama dipilih secara demokratik pada 2012 dan hanya sempat memegang kuasa lebih setahun sebelum digulingkan pihak tentera.
Pemimpin Islam itu hidup dalam penjara selepas digulingkan dan berdepan beberapa pendakwaan termasuk menjadi pengintip Iran, Qatar dan kumpulan bersenjata Palestin Hamas serta terlibat dalam kegiatan keganasan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment