Write For Us

Mengapa ada kerisauan jika SB atau anggota polis beruniform (hadir)?"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
56 Views
Published
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memberi peringatan kepada Warisan bahawa tindakan menghalang polis Cawangan Khas (SB) daripada menghadiri sidang media parti itu menyalahi undang-undang.
Dalam sidang media hari ini, Hamid berkata mana-mana pihak yang menghalang anggota polis daripada menjalankan tugas melanggar Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Seksyen 186 berkenaan menghalang penjawat awam daripada menjalankan fungsi jawatannya, dan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun, denda tidak lebih RM10,000, atau kedua-duanya sekali.
Hamid mengulas kenyataan Naib Presiden Warisan Junz Wong yang mengesahkan pihaknya memutuskan untuk tidak membenarkan polis SB daripada menghadiri sidang media mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment