Write For Us

'Mengapa LHDN tak kutip cukai dari Jho Low?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
177 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan sikap pilih kasih Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dilihat tidak bertindak ke atas ahli perniagaan yang dikaitkan dengan syarikat 1MDB, Jho Low, berhubung hasil kutipan cukai.
Lim berkata kerajaan Pusat mungkin akan mendapat hasil cukai sehingga RM5 bilion jika penguatkuasaan berwajib dilaksanakan ke atas Jho Low dan syarikat 1MDB yang ketika ini dikaitkan dengan pelbagai isu kewangan di peringkat antarabangsa.
"Kalau dikenakan ke atas Jho Low atau 1MDB, saya rasa boleh dapat (hasil cukai) lebih daripada RM1 bilion atau mungkin RM2 bilion atau RM5 bilion.
"Mengapa Jho Low ada keistimewaan, mengapakah mereka tak siasat sumber pendapatan dan cukai (Jho Low)," katanya.
Beliau berkata demikian sidang media hari ini.
Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berhubung hasrat LHDN mahu bertindak ke atas 10 syarikat gergasi yang melakukan pengelakan cukai melampau, termasuk dua firma dimiliki individu bergelar 'Tan Sri'.
Dalam pada itu, Lim mendesak Putrajaya supaya membatalkan pasport perjalanan Jho Low untuk membawa ahli perniagaan kontroversi itu ke muka pengadilan.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata 10 syarikat gergasi terbabit akan diarahkan membayar jumlah cukai sebenar serta akan dikenakan penalti berjumlah RM800 juta.
LHDN juga sedang memburu sekurang-kurangnya 50 lagi syarikat korporat terkemuka di negara ini dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan perladangan yang dikesan turut melakukan kegiatan tidak bertanggungjawab tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment