Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid menuntut kerajaan agar mendedahkan video radar daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menentukan sama ada pesawat Malaysia Airlines MH370 berpusing ataupun menjunam pada lokasi terakhir dilihat.
Mohamad Imran berkata beliau tidak yakin dengan teori yang mengatakan pesawat MH370 menuju dan menjunam ke Lautan Hindi ekoran tiada bukti pesawat itu menuju di laluan itu.
Jelas Mohamad Imran, beliau yakin kapal terbang MH370 menjunam di Laut China Selatan setelah 3 tahun mencari di persekitaran Lautan Hindi.
Mohamad Imran mencadangkan agar kerajaan wujudkan pencarian semula oleh pasukan yang dianggotai warga Malaysia dan tidak memerlukan campur tangan pakar dari luar negara.
Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment