Write For Us

Mengenai PAS, pendirian kami jelas - Nurul Izzah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Sudah hampir sebulan sejak majlis kepimpinan Pakatan Harapan memutuskan bahawa gabungan parti pembangkang itu tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan pada pertengahan tahun depan.
Bagaimanapun, isu PKR yang mahu bekerjasama dengan PAS masih belum selesai dengan sesetengah pihak dalam parti itu mempercayai bahawa ia masih perlu diteruskan.
Tetapi bagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, pendirian parti itu seperti yang dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah jelas - berpegang kepada pendirian HARAPAN.
"Beliau (Wan Azizah) telah menyatakan dengan jelas pada hari di mana HARAPAN berikrar tidak akan ada lagi rundingan dengan PAS dan kami akan bergerak (tanpa PAS)," kata Nurul Izzah dalam satu temubual dengan Malaysiakini pada hari Khamis.
Nurul Izzah, bagaimanapun, menyatakan bahawa hubungan tidak boleh diputuskan sepenuhnya. Beliau berkata keterlibatan sosial, seperti melawat pemimpin yang sakit, boleh diterima.
"Jika (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Abdul Razak tidak sihat, saya akan mengunjungi beliau. Adakah ia bermaksud saya ada pakatan pilihan raya dengan beliau?" kata Nurul Izzah sambil menegaskan bahawa beliau tetap terikat dengan (pendirian) HARAPAN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment