Write For Us

Menteri Kesihatan enggan ulas peranan doktor ketika sebatan syarie

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
63 Views
Published
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad enggan mengulas polisi kementeriannya berhubung kehadiran pegawai perubatan ketika hukuman sebatan syarie dijalankan.
“Minta maaf saya tidak boleh (komen),” katanya ringkas ketika ditanya berkaitan proses sebatan terhadap pasangan seks di khalayak, di Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan Saintifik Kesihatan Bersekutu kali ke-12 bagi tahun 2018, di Bangi, Selangor, hari ini.
Semalam buat pertama kalinya hukuman sebat di khalayak umum dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Kehadiran pegawai perubatan turut dilaporkan bagi mengesahkan tahap kesihatan tertuduh bagi membolehkan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat.
Sementara itu, Dzulkefly yang juga anggota parlimen Kuala Selangor berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut mengikut keperluan kementeriannya.
“Saya akan keluarkan kenyataan kemudian. Dalam waktu yang terdekat kalau saya rasa perlu untuk (keluarkan).
“Tapi saya memerhatikan semua itu,” katanya.
Bagaimanapun ketika ditanya pandangan umum beliau berhubung tindakan tetap mengelaknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment