Write For Us

Menteri Luar ingatkan badan kehakiman supaya kekal bebas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengingatkan badan kehakiman supaya bertindak secara bebas, dan untuk menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Anifah berkata demikian dalam ucaptama pada Kolokium Kehakiman Suruhanjaya Antara Asean mengenai hak asasi manusia (AICHR) dengan teks ucapnnya dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, datuk Ramlan Ibrahim.
Ramlan memohon maaf bagi pihak Anifah, yang tidak dapat hadir pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur itu.
Anifah, sambil mengakui jarang kali mengadakan pertemuan dengan hakim-hakim, mengambil peluang untuk menyampaikan beberapa perkara mengenai badan kehakiman.
Katanya, badan kehakiman, sebagai cabang bebas daripada eksekutif dan badan perundangan, mempunyai tanggungjawab untuk menggalakkan hak-hak universal, tidak terpisah dan tidak boleh dibahagikan rakyat.
"Badan kehakiman juga berfungsi sebagai penyemak dan pengimbang kedua-dua cabang lain kerajaan.
"Dengan berbuat demikian, antara matlamat badan kehakiman adalah untuk memastikan bahawa hak asasi manusia tidak terjejas atau dicerobohi," katanya.
Kerajaan, katanya, menghargai dan menghormati sistem kehakiman negara.
"Kebebasannya adalah penting. Kerajaan juga terdiri daripada manusia. Kami tidak mampu membuat kesilapan.
"Kami bukan maksum. Mahkamah mempunyai tanggungjawab suci untuk bertindak secara bebas dalam menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment