Write For Us

'Menteri perlu buat kajian penuh sebelum umum projek besar' - MP Bukit Bendera

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
61 Views
Published
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai hari ini menasihatkan menteri-menteri kabinet untuk memastikan kajian dan kelulusan penuh diperolehi sebelum membuat pengumuman mengenai sebarang projek besar.

Wong merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh bekas Menteri Pembangunan Keusahawanan, Redzuan Yusof sebelum ini mengenai projek kereta terbang (super drone) yang didakwa mengelirukan orang ramai.

Terdahulu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dimaklumkan, tidak wujud pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan ke syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd untuk pembangunan kereta terbang (super drone).
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment