Write For Us

Menteri sahkan gaji bos Mavcom RM85,000 sebulan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Datuk Seri Abdullah Ahmad dibayar gaji sebanyak RM85,000 sebulan.
Loke mengesahkan perkara itu selepas isu mengenainya tular di media sosial.
Loke berkata demikian dalam sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.
Bagaimanapun beliau menyatakan Mavcom tidak dibiayai oleh kerajaan, selain pemberian geran sebanyak RM90 juta.
Beliau berkata pendapatan tahunan Mavcom adalah RM35 juta manakala kos operasi tahunannya ialah RM25 juta.
Loke menambah beliau tetap membangkitkan isu itu dalam kabinet dan perdana menteri telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengkaji semula gaji pengerusi dari badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Loke juga berkata pada masa ini, Mavcom tidak akan mengalami nasib yang sama seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment