Write For Us

Menteri setuju saranan Rais: Potong elaun, siarkan nama MP malas hadir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan saranan bekas menteri Umno Tan Sri Rais Yatim bahawa memotong elaun dan siarkan nama MP malas hadir menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Bagaimanapun Salahuddin merujuk kepada ahli parlimen yang tidak bertanggungjawab dan yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah.
Manakala kenyataan Rais merujuk sekiranya korum sidang dewan rakyat tidak mencukupi.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan sidang sesi petang tadi terpaksa ditangguhkan selama lima minit apabila korum minimum 26 anggota parlimen gagal dicapai selepas waktu rehat dan makan tengah hari selama 90 minit.
Susulan itu Rais mencadangkan agar elaun bulanan Ahli Parlimen dikurangkan sekiranya kuorum sidang Dewan Rakyat tidak mencukupi.
“Cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tak cukup korum ialah potong elaun bulanan ahli mengikut kadar arahan JK Pilihan Dewan.
“Kedua, siarkan nama-nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial,” katanya dalam satu tweet petang ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment