Write For Us

Menteri: Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
61 Views
Published
Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad.

Katanya langkah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM72 juta dengan RM20 juta telah dipersetujui secara bersama Kementerian Kewangan dan baki adalah menerusi peruntukan dalaman universiti.

Noraini berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengembalikan semula sebahagian daripada yuran yang telah dibayar penuntut memandangkan mereka tidak masuk ke kampus sejak Mac lalu akibat Covid-19.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment