Write For Us

Mentor (Season 2) | Result: Battle 3 Group B 1st Round Results & Built Up To Semi-Finals

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Musim kedua Mentor disiarkan mulai 9 Julai hingga malam kemuncak pada 3 Disember 2006 dengan format yang berbeza dari musim lalu. Rancangan ini diberhentikan selepas 17 September, untuk memberi laluan kepada bulan Ramadhan dan Aidilfitri, dan kembali bersiaran pada November dengan acara separuh akhir. Ezlynn kembali sebagai pengacara tetapi digandingkan dengan Ashraf Sinclair. Konsert mingguan tetap diadakan setiap malam Ahad di Sri Pentas 2. Pemarkahan pula berdasarkan 50% penilaian juri dan 50% undian penonton. Kali ini, disebabkan kesukaran memilih peserta yang sesuai dijadikan anak didik para mentor, maka TV3 menganjurkan Konsert Prolog pada malam pertama bagi 12 peserta terpilih merebut peluang untuk diasuh enam orang artis, setiap mentor memilih dua orang sebagai pilihan. Inilah kali kedua Siti Nurhaliza menjadi mentor. Bagaimanapun, hanya enam peserta yang meraih undian tertinggi secara keseluruhan mara, maka berlakunya proses beberapa peserta pilihan diserahkan dari mentor pemilih ke mentor lain. Pada malam kemuncak yang diadakan di Stadium MBSA pada akhir tahun, Fiq di bawah bimbingan Amy Search menjuarai musim ini dan meraih kontrak rakaman bersama EMI dan wang tunai RM50,000. Beliau berentap dengan Ima, juara Bintang Cari Bintang dari Indonesia, dalam pertandingan Juara Antara Juara, lalu memenanginya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment