Write For Us

'Mereka berasa malu jika kain terlondeh di hadapan orang'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
154 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini ada orang Melayu yang tidak sedikit pun berasa malu jika diketuai oleh pemimpin yang diketahui mencuri dan melakukan pelbagai jenayah.
Dalam catatan terbaru di blognya, tanpa menamakan mana-mana individu, Mahathir berkata daripada menjauhkan diri dari pemimpin seperti ini, ramai pula orang Melayu yang sanggup berkongsi hasil pencurian ini.
Mengulas lanjut, tambah Mahathir, masyarakat yang memiliki perasaan tidak tahu malu akan rosak dan mundur dengan anggota serta bangsanya akan dipandang hina.
Jelasnya, satu dari perlakuan yang tidak baik dan sepatutnya memalukan ialah amalan membodek dengan adakalanya pembodek sanggup menterbalikkan perbuatan kerana ingin dipuji oleh tuannya.
Di Jepun, Mahathir menambah, rakyat negara itu sanggup membunuh diri kerana malu apabila gagal menjalankan tugasnya atau tidak sebaik yang diharapkan atau melakukan sesuatu yang tidak baik dalam pandangan masyarakat.
Namun, kata Mahathir, dalam masyarakat Melayu perasaan malu berbeza dengan orang Jepun kerana Melayu akan berasa malu jika kain terlondeh di hadapan orang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment