Write For Us

"Mereka lebih senang dengar cakap saya," kata Neelofa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
174 Views
Published
Selebriti Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, antara 10 individu yang dilantik menjadi duta belia baharu Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Neelofa berkata beliau percaya jumlah pengikut yang dimilikinya boleh menjadi penghubung medium antara pemimpin dan belia untuk menyuarakan sebarang bentuk pandangan dalam mencorakkan wawasan negara yang lebih dinamik.
"Saya percaya dengan jumlah follower yang saya ada dan juga pengaruh yang saya ada boleh menjadi penghubung medium antara pemimpin kerajaan dan mereka di luar sana, para belia terutamanya generasi muda untuk menyuarakan membentuk dan mencorakkan wawasan negara yang lebih dinamik.
"Kita kali ini bottom up, iaitu TN50 dibentuk melalui suara-suara yang menyumbang kepada idea dan aspirasi yang akan diperhalusi oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing sebelum diterjemahkan kepada pembangunan negara yang lebih positif.
"Dengan ada Facebook, Instagram dan Twitter, saya rasa cara untuk sampaikan mesej sangat senang dan bonusnya dalam industri seni ini, mereka secara tidak langsung lebih senang dengar cakap saya atau mesej dari saya dan saya akan gunakan platform ini sebaik mungkin bukan untuk saya sahaja tetapi untuk orang lain juga," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman Duta Belia TN50 hari ini.
Pelantikan usahawan terkenal itu menjadikan TN50 kini memiliki 23 duta belia yang berjaya dalam bidang masing-masing, selepas 13 individu dipilih pada April lalu.
Neelofa, baru-baru ini disenaraikan antara 300 individu berpengaruh dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017, bagi kategori Runcit dan E-Dagang, selain menjadi inspirasi kepada wanita untuk berdikari.
Individu lain yang dipilih adalah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup; Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Izhar Ariff; pemuzik Iban, Gabriel Fairuz Louis.
Selain itu, Pengurus Eksekutif (Operasi) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jufitri Joha; Pengasas dan Pengarah Urusan JuaraGym, Ben Uzair; pereka seni halus, Anniketyni Madian.
Turut terpilih adalah usahawan pembangunan tenaga kerja dan pendidikan profesional, Dr Juliana Lim; pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Help Somebody, Dr Esther Michael dan sukarelawan Reef Check, Nadhirah Mohd Rifai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment