Write For Us

'Mereka nak tengok saya melutut, malukan saya'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan Dr Mahathir Mohamad dalam pembangkang walaupun dengan sejarah panjang perseteruan antara pemimpin mereka dengan bekas perdana menteri itu, yang didakwa mentadbir secara kuku besi, menekan para penentang dan melemahkan institusi negara.
Mahathir bagaimanapun tidak pernah secara langsung mengaku pelbagai tuduhan terhadapnya dan seringkali mengalihkan kesalahan misalnya kepada polis untuk Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan sejumlah pemimpin pembangkang dan aktivis ditahan bawah ISA.
Begitu juga dengan penahanan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama kira-kira dua dekad lalu.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam, Mahathir tampak sedikit terganggu ketika ditanya soal ini dan seperti yang dijangka kekal tidak apologetik.
Beliau berkata Anwar sendiri tidak meminta permohonan maaf daripadanya, maka tiada sebab untuk sesetengah pemimpin masyarakat sivil terus membangkitkannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment