Write For Us

Mereka tabur fitnah sekali lagi - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas dakwaan pembangkang yang membuat tuduhan bahawa lawatannya ke China baru-baru ini untuk menjual kedaulatan negara.
Najib menjelaskan lawatannya bertujuan untuk menarik pelaburan yang besar iaitu sebanyak RM144 bilion untuk negara.
Mengambil contoh projek ECRL (Laluan Kereta Api Pantai Timur), Najib berkata golongan nelayan dan pengusaha bakal menjana keuntungan apabila boleh mengeksport hasil produk mereka tanpa melalui orang tengah.
Namun, kata Najib, pembangkang tidak bercerita kebaikan seperti itu yang dilakukan kerajaan.
"Lawatan saya keluar negara, umpamanya, saya tidak pernah lupa bukanlah untuk menarik pelaburan yang besar negara. OPembangkang menuduh membuat fitnah kononnya bila saya melawat ke negara China baru-baru ini, saya telah menjual kedaulatan negara. Mereka menabur fitnah sekali lagi. Sebenarnya bila kita menarik pelaburan sebanyak RM144 bilion untuk negara, siapa sebenarnya yang untung? Bukankah rakyat Malaysia?
"Mereka tak cerita kebaikan-kebaikan seperti ini. Kalau kadar pertumbuhan ekonomi negara kita berkembang lebih pantas, bila buat sistem rel, dijangka negeri pantai timur meningkat kadar pertumpuhan 1.5 peratus nanti setahun kerana ada sistem rel yang moden lagi efisyen, kuasa pembeli bertambah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan dan Festival Makanan Malaysia 2017 di Serdang hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment