Write For Us

Mesin layan diri vape tanpa lesen akan dirampas - Zaliha

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Bekas menteri kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu meningkatkan pemantauan penjualan rokok elektronik (vape) di kalangan kanak-kanak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (RFP 2024) ke-13 di Monumen Alaf Baharu,Presint 2, Putrajaya hari ini.

Beliau yang merupakan menteri wilayah persekutuan ketika ini berkata demikian ketika ditanya mengenai mesin layan diri menjual vape yang tular baru-baru ini.

Mesin layan diri vape itu dipercayai dijual ekoran kerajaan meluluskan pengeluaran nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 pada tahun lalu di mana ketika itu menteri KKM adalah Dr Zaliha.

Sumber: https://youtu.be/3c2nVTWrgSA
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment