Write For Us

'Mesyuarat agung 12 orang' BERSATU tak diiktiraf ROS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mendakwa mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dibuat 2 November tahun lalu hanyalah "mesyuarat majlis pimpinan tertinggi" dan bukan mesyuarat agung khas (EGM) seperti yang dinyatakan parti itu.
"BERSATU menyatakan telah membuat EGM pada 2 November 2016, (tetapi) hakikatnya itu mesyuarat majlis pimpinan tertinggi sahaja.
"ROS telah meneliti 'Minit Mesyuarat Agung KhasR 2016' dan mendapati hanya 12 orang ahli majlis pimpinan tertinggi yang direkodkan hadir," kata Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim dalam kenyataan hari ini.
BERSATU mendakwa telah meminda perlembagaan parti untuk mengubah nama sayap pemudanya daripada Pemuda Bersatu kepada ARMADA ketika mesyuarat tersebut.
Minggu lalu, ROS berkata penggunaan nama itu bertentangan dengan perlembagaan BERSATu dan boleh menyebabkan parti itu diharamkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment