Write For Us

Mesyuarat khas 'Top Gun' BN 3 Jan depan jangka bincang PRU14

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dijangka diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)pada 3 Januari ini, dipercayai bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Memetik laporan Berita Harian yang memetik sumber, mesyuarat itu dijangka membincangkan calon yang dikemukakan setiap parti komponen bersandarkan elemen 'boleh menang' dan disenangi rakyat pada peringkat akar umbi.
Satu lagi sumber yang dipetik Berita Harian berkata mesyuarat itu juga bagi mengemas kini persiapan menghadapi PRU-14 yang dijangka diadakan pada suku pertama tahun depan, terutama memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi
Perkembangan terbaru itu sekaligus menguatkan lagi spekulasi berhubung PRU-14 diadakan pada awal tahun depan, dengan Parlimen dijangka dibubarkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut pada pertengahan Februari.
Amat jarang BN mengadakan mesyuarat khas kecuali bagi membincangkan PRU-14. Semua 13 parti komponen adalah ahli Dewan Tertinggi BN.
Sumber lain pula memberitahu Berita harian, mesyuarat khas berkenaan sepatutnya berlangsung pada 12 Disember lalu, namun terpaksa ditunda ke tarikh baharu atas sebab tidak dapat dielakkan.
Pemimpin-pemimpin BN Semenanjung Malaysia dijangka menyelesaikan tuntutan kerusi yang bertindih semasa mesyuarat.
Manakala Pemimpin-pemimpin BN Sarawak juga dijangka menyelesaikan tuntutan kerusi yang bertindih antara parti komponen BN dan parti-parti yang mesra BN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment