Write For Us

MGNews: Ada Naikkan Bendera Putih Bukan Terputus Bekalan Tapi Bumbung Tercabut - Prabakaran

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
40 Views
Published
Kempen bendera putih yang dicetuskan rakyat baru-baru ini sebagai salah satu cara untuk meminta bantuan akibat terputus bekalan makanan mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak, sama ada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

Ahli Parlimen Batu, P.Prabakaran tidak menafikan ada segelintir penduduk di kawasannya yang menyalahgunakan bendera putih bukan untuk meminta bantuan makanan, sebaliknya mahu isu perumahan mereka diselesaikan selepas dilanda ribut baru-baru ini.

"Bendera putih memang banyak, baru-baru ini pun kita dapati ada bendera di Bandar Baru Sentul, pegawai saya pun pergi ke sana. Tujuan mereka menaikkan bendera putih ini pasal isu perumahan, bukan nak bakul makanan.

"Ada juga yang menggunakan bendera putih itu untuk minta bantuan lain, isu perumahan pun ada, isu bumbung sampai sekarang tak selesai sebab insurans tak bagi bayaran lagi untuk baik pulih.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment