Write For Us

MGNews : Geram! Pengumuman SOP Tahun Baru Cina 'Ikut Suka' Kerajaan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Pengumuman kerajaan isu pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat sambutan Tahun Baru Cina tidak begitu diterima oleh kaum itu sendiri walaupun ketika pandemik Covid-19 memuncak.

Sebaliknya kata mereka, adalah lebih baik serta ‘logik’ seandainya kerajaan bertindak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti pada awal-awal daripada terlalu banyak garis panduan baharu serta kelonggaran atau perketatkan SOP itu ikut ‘suka’.

Malah tinjauan MalaysiaGazette sekitar ibu kota sebentar mendapati rata-rata meluahkan perasaan kecewa tidak terhingga bukan kerana SOP Tahun Baru Cina sebaliknya cara kerajaan tangani garis panduan ‘tidak menentu’ ketika itu.

Menurut seorang tenaga pengajar dari Cheras, Stella Ong, beliau sememangnya cukup terkilan dengan apa yang berlaku lagi-lagi ketika angka Covid-19 seperti tidak ada surutnya namun tindak tanduk kerajaan lebih membimbangkan. MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment