Write For Us

MGNews: Hakim Tidak Gembira Tangguh Prosiding Hingga 2.30 petang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membabitkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion sekali lagi ditangguh sebelah pagi tadi.

Sepatutnya prosiding yang bermula sekitar jam 9.30 pagi itu, terpaksa ditunda oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah selepas mendapat tahu Datuk Seri Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekitar 11 pagi.

Bagaimanapun, beliau tidak hadir untuk mohon penangguhan tersebut sebaliknya hanya mewakilkan peguam belanya, Rahmat Hazlan dan Tania Scivetti.

Hakim Collin ketika permohonan penangguhan kelihatan tidak begitu gembira apabila mendapat tahu bekas Perdana Menteri itu tidak hadir ke perbicaraan seperti yang telah ditetapkan oleh mahkamah semalam.

Hakim kemudian menetapkan 2.30 petang untuk menyambung kembali perbicaraan dengan saksi pendakwaan ke-10, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman menyambung keterangan dan pemeriksaan balas.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment