Write For Us

MGNews : Kedai Makin Kurang, Orang Harap 'Online' Sekarang - Peniaga

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Pusat beli-belah pemborong utama di negeri ini yang dahulu meriah, kini semakin kelihatan sunyi daripada kunjungan orang ramai berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang memasuki minggu ketiga pada hari ini.

Tinjauan Malaysia Gazette di pusat beli-belah Kenanga Fashion Wholesale (KWC) di Jalan Gelugor mendapati pengunjung semakin berkurangan yang boleh dianggarkan hampir 90 peratus walaupun terdapat sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi ketika PKP 2.0.

Malah, bagi sesetengah pengusaha, masih ada yang mengadu tersepit kerana diminta membuat bayaran penuh atau diberikan hanya sedikit pemotongan sewa premis mereka.

Seorang pembantu kedai jamu, Maria Jamil, 27, berkata, atas faktor pengunjung yang semakin berkurangan ini, kedainya terpaksa meminta pemilik kedai mengurangkan bayaran sewa.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment