Write For Us

MGNews : Kita Tak Mahu Penularan Dalam Kluster PPS Banjir - Adham Baba

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
54 Views
Published
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mahu penularan wabak Covid-19 berlaku dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di beberapa negeri yang terjejas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan, setiap petugas barisan hadapan diwajibkan melakukan ujian saringan berkala sebelum mereka dibenarkan bertugas dan merawat mangsa banjir di setiap daerah.

"Kita memang ada buat ujian berkala swab untuk dilaksanakan. Ini mandatori kita buat.

"Walau bagaimanapun kes-kes yang datang di premis sama ada di klinik kesihatan ataupun PPS banjir, kebanyakan yang datang adalah individu yang tidak bergejala.

"Kita perlu memastikan PPS atau kawasan yang berisiko tinggi jangkitan Covid-19, kita laksanakan ujian kertas pantas sama ada guna RTPC atau RTK Antigen.

"Ini satu perkara penting dan kita tak mahu penularan berlaku dalam kluster PPS," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment