Write For Us

MGNews: Mageran...YDPA Lebih Arif, Prihatin Masalah Rakyat - Noh Omar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar yakin Yang di-Pertuan Agong (YDPA) lebih arif terhadap masalah yang dihadapi rakyat pada waktu ini.

Justeru itu, beliau menyerahkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan berhubung cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan menangani pelbagai masalah yang berlaku dalam negara.

“Kita serahkan kepada YDPA, saya yakin YDPA lebih arif, prihatin masalah rakyat. Kita serahkan YDPA perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment