Write For Us

MGNews: Mesyuarat Tergempar MPT Bersatu Dibatalkan!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
PETALING JAYA - Mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijadualkan di Bangunan Yayasan Selangor di sini, petang ini dibatalkan di saat akhir.

Pembatalan itu dipercayai selepas presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin didapati tidak hadir ke Ibu pejabat Bersatu itu selepas beliau membuat perutusan khas dan sidang media di Perdana Putra, 3 petang tadi.

Tinjauan MalaysiaGazette di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Bukit Damansara mendapati, Muhyiddin kelihatan kembali ke rumahnya kira-kira jam 4.55 petang tadi.

Terdahulu beberapa ahli MPT Bersatu didapati bergegas meninggalkan bangunan ibu pejabat parti itu, bermula jam 5.15 petang tadi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment