Write For Us

MGNews: Op Rentas Plaza Tol Sungai Besi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Satu Op Rentas telah dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Selatan.

Operasi dijalankan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang akan berkuatkuasa 6 Mei.

Tujuan operasi diadakan untuk menyekat penyebaran dan penularan wabak Covid-19 disamping itu, memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan-peraturan lalulintas sedia ada.

Seramai 12 anggota penguatkuasaan trafik termasuk seorang pegawai dan 6 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk seorang pegawai terlibat dalam Mobile Sekatan Jalan Raya itu.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP Kuala Lumpur sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment