Write For Us

MGNews: Peguam Gubah Wang Haram Lebih RM6.5 Juta Mengaku Tidak Bersalah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Seorang peguam didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM6.5 juta di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Pathmarajah Mylvaganam, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon kes dibicarakan.

Beliau menghadapi sembilan pertuduhan yang kesemuanya dibacakan secara satu persatu oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sesyen Datin Sabariah Othman dan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga ketiga, Pathmarajah didakwa telah menerima wang berjumlah keseluruhan RM6,536,600 iaitu RM3,735,200, RM640,070 dan RM2,161,330 dalam bentuk cek secara berasingan daripada Tetuan Tan Bee Kim & Partners hasil aktiviti haram ke dalam akaun semasa Malayan Bangking Berhad milik firma guaman Tetuan Mazwan Pathma &Co sebagai rakan kongsi firma guaman tersebut.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment