Seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air direman dua hari bermula hari ini susulan kes keganasan rumah tangga.
Menurut peguam Kailash Sharma,perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Hairolazhar Mohd Ishak dan menjangkakan anak guamnya dituduh di mahkamah, esok.
Terdahulu, penyanyi berusia 45 tahun itu dibawa ke Bilik Reman Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10.55 pagi.
Dia ditahan di kediamannya tengah hari semalam selepas dipercayai memukul bekas isterinya di Kota Damansara, 19 April lalu akibat perselisihan faham ketika mangsa mahu mengambil anak lelaki mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv

- Category
- Berita - News
- Tags
- malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment