Write For Us

MGNews Rasuah Ratus Ribu Salur Kereta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
48 Views
Published
Seorang pengurus besar sebuah syarikat pengeluar kereta ditahan reman selama enam hari kerana dipercayai menerima rasuah bernilai ratusan ribu ringgit daripada syarikat kereta terpakai sebagai balasan membantu memperoleh kereta untuk dijual di bawah harga pasaran dan tidak mengikut prosedur.

Perintah reman sehingga 26 September depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi. 

Menurut sumber, kegiatan yang dipercayai dilakukan sejak 2019 itu tidak melalui proses penjualan yang diluluskan dan dianggarkan nilai kerugian mencecah jutaan ringgit dengan penjualan kira-kira 1,000 unit kereta.

Difahamkan, kereta pre production yang dijual tersebut dikhaskan untuk kegunaan di kilang pengeluar bagi tujuan ujian dan kawalan kualiti sebelum pengeluaran sebenar kereta model tersebut dijual di pasaran.

Selain itu, terdapat juga kereta-kereta trade-in daripada pelanggan yang membeli kereta baharu dari syarikat pengeluar kereta tersebut turut dijual kepada syarikat kereta terpakai terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 ASPRM 2009. 

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment