Write For Us

MGPerak: ‘Saya Syukur Dua Beranak Itu Diselamatkan' - Jiran

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
IPOH - Walaupun hanya sekadar jiran dan tidak mempunyai pertalian darah, namun Nor Suraya Sakunthala Abdullah, 53, sentiasa mengambil berat perihal wanita warga emas yang mendiami di sebuah rumah daif dengan dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Flat Taman Silibin, di sini.

Nor Suraya yang mendiami pangsapuri itu sejak 23 tahun lalu itu berkata, malah penduduk sekitar menanggap wanita berumur 77 tahun itu sebagai ibu mertuanya kerana keakraban mereka.

Dia yang bekerja di sebuah kilang berhampiran berkata, walaupun pendapatanya tidak seberapa namun dia tidak lokek membelikan makanan dan adakalanya ubat-ubatan kepada ibu dan anak berusia 46 tahun itu yang disapa ‘Wan’.

Menurutnya, semuanya berubah apabila kesihatan wanita itu mula teruk akibat penyakit darah tinggi sehingga menyebabkan anak lelakinya itu berhenti kerja dengan alasan mahu menjaga ibunya sejak lebih setahun lalu.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment