Write For Us

MGPerak: 148 Orang Asli Sertai Program Pemerkasaan TVET Perak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
TAPAH - Seramai 148 individu menyertai Program Pemerkasaan Orang Asli di bawah Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Orang Asli di Negeri Perak, sepanjang tahun lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan berkata, program berkenaan melibatkan 12 kursus jangka pendek yang dijalankan kerajaan negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Katanya, inisiatif itu memfokuskan kepada latihan kemahiran untuk komuniti Orang Asli dalam membina sesebuah perniagaan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

Menurut beliau lagi, ia merupakan peningkatan berbanding pada fasa pertama tahun sebelumnya iaitu seramai 95 peserta Orang Asli dan melibatkan sembilan kursus. - MGPerak

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment