Write For Us

MGPerak : Anwar, Zahid Dijangka Hadir Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
18 Views
Published
IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina di Meru Raya, 28 Januari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Pengerusi bagi Pakatan Harapan (PH) dan BN itu masing-masing dijangka berucap pada sesi penggulungan bagi menyempurnakan penutup konvensyen.

Katanya, acara yang julung kali diadakan itu bakal menjadi pentas menghimpun para pemimpin kedua-dua gabungan parti politik itu, sekali gus menjadi platform memperkukuhkan persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain.

“Konvensyen tersebut juga menjadi pelantar bagi menyuburkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan parti Kerajaan Perpaduan selain bersepakat mencipta naratif kerjasama yang lebih jitu bagi menghadapi cabaran-cabaran politik semasa

“Usaha ini juga merupakan komitmen seluruh barisan kepimpinan untuk merungkai segala perbezaan yang wujud, agar dapat bekerja sebagai satu pasukan yang kuat demi meneguhkan kestabilan serta kesejahteraan kepada Negeri Perak,” katanya.

#malaysiagazetteperak #mgperak #malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment