Write For Us

MGPerak: Beri Rasuah RM8,000 Kepada Pegawai TNB, Peniaga Didenda RM20,000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
IPOH - Seorang peniaga didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu atas dua pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadapnya tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Ibrahim Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, RK Sandra Segar, 39, selepas dia membuat pengakuan salah sebaik kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Mahkamah turut memerintahkan wang suapan berjumlah RM8,000 disita dalam kes itu dilucuthak kepada kerajaan mengikut Seksyen 40 (1) (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment