Write For Us

MGPerak: Buat Onar Sejak Disember 'Aga Legap' Akhirnya Berjaya Ditangkap

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
38 Views
Published
SUNGAI SIPUT - Seekor gajah jantan liar seberat 1.8 tan yang berkeliaran di kawasan kebun dan penempatan masyarakat Orang Asli di RPS Legap dekat sini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah yang diberi nama ‘Aga Legap’ itu ditangkap pada Khamis lalu selepas didapati menimbulkan kegusaran penduduk sejak sebulan lalu.

Katanya, mamalia dianggarkan berusia 11 ke 12 tahun itu akan dipindahkan ke habitat asal di Hutan Simpan Belum susulan operasi pemindahan gajah itu pagi tadi.

Menurut beliau, dua ekor gajah denak iaitu bernama Rambai dan Abot dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang turut digunakan dalam operasi terbabit.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment