Write For Us

MGPerak : Cabul Pelancong Pembantu Kedai Runcit Mengaku Bersalah, Denda RM7,000

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
8 Views
Published
IPOH - Seorang pembantu kedai runcit didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Selasa atas pertuduhan mencabul seorang pelancong wanita warga Sepanyol dan memiliki video lucah, di sini.

Tertuduh, Muhammad Aiman Danial Mohd Najib, 22, membuat pengakuan berkenaan ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita terbabit di Lorong Seni atau Lorong Panglima berhampiran dengan Masjid Sultan Idris Shah II, di sini, pada jam 7 petang, Rabu minggu lalu.

#malaysiagazetteperak #mgperak #malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment